Sahabat

Cantik ayat ni ...!

Kadang - kadang SAHABAT yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi wang ringgit......_

_Kadang - kadang SAHABAT yang rajin bekerja, bukan kerana mereka ingin tunjuk pandai dan hebat tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab......._

_Kadang - kadang SAHABAT yang memohon maaf terlebih dahulu selepas pergaduhan atau selisih faham, bukan semestinya kerana mereka bersalah tapi sebab mereka menghargai PERSAHABATAN dan orang2 di sekeliling mereka......_

_Kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang SAHABAT....._

_Kadang-kadang SAHABAT yang selalu_ *SMS DAN WATTSAPP KITA* _bukan kerana mereka tak ada benda lain nak buat tapi sebab mereka_ *SENTIASA MENGINGATI ANDA.......*

_Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada._

_Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing........_

_Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,_
"Siapa mereka semua tu?".....
_Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,_

"DENGAN MEREKALAH ANDA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP DAN MENGENALI ERTI PERSAHABATAN" ....*

TERIMA KASIH SAHABAT2KU

Comments

Popular posts from this blog